Kursus Untuk Semua

Seksyen Pengurusan Acara & Pemasaran UUM COLGIS bukan sahaja menganjurkan kursus-kursus untuk semua kakitangan UUM, malah turut membuka penyertaan untuk semua kakitangan kerajaan, swasta dan badan-badan NGO.

Wednesday, February 3, 2010

Kursus Bersih & Cekap Pengendali Makanan

Siapakah seorang pengendali makanan?

Individu yang terlibat didalam proses penyediaan bahan makanan mentah, mengedar, memasak dan menghidangkan makan untuk dimakan oleh manusia.

Mengapakah setiap pengendali makanan perlu mengikuti latihan asas kebersihan & keselamatan makanan?

Bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran betapa pentingnya kebersihan dan keselamatan makanan. Oleh itu, JANGAN ceburi bidang perniagaan makanan kecuali anda sudah mempunyai pengetahuan yang cukup untuk menguruskannya.

Sijil 

Peserta yang berdaftar dan mengikuti kursus ini akan mendapat sijil penyertaan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan boleh digunapakai diseluruh negara.


Siapakah yang harus menyertai kursus ini?

Sijil ini disyaratkan bagi mana-mana individu pengendali makanan untuk:
  • Memohon atau memperbahurui permit/lesen perniagaan berkaitan makanan/minuman di kawasan Majlis Bandaraya / Majlis Tempatan.
  • Mengemukakan tender kantin / dapur asrama sekolah di Jabatan Pelajaran dan Lain-lain.


CEPAT MENDAFTAR KERANA TEMPAT TERHAD...TERHAD KEPADA 35 PESERTA SAHAJA...


Kursus pada 18 Februari 2010, bertempat di Bilik Seminar UUM COLGIS...

My Blog List